Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

"Mmg brg yg kte sayang msti kong awal, yg xsayang smpi kne ikat getah pon thn lg..hukhuk", kata Sarah.




This is the very last moment frozen by my beloved Nikon 551 on self-timer before the lens retracted because of flat battery, causing the camera to lose its balance on the rock and slid right into the cold river, tailed by a loud shrieking of "Aaaaaaaaaahhhh!!!" from the girls.

When I sent the camera to Nikon to be repaired, they told me that the lens are damaged because of sand exposure and need to be replaced, and this would cost me a dear RM513.

Hoh??! Masalahnya gua beli kamera tu pun RM750 je beb,,bukan kamera canggih-canggih apa pun..now if I had to fork out another RM513 (which makes about 68% of harga pembelian asal),,might as well I just go buy a shiny new one! So I told Nikon not to repair and I'll just collect it back later.
.
.
.
.
.
Tapi sebenarnya gua sayang kamera tuu...huhuhuhuhuuh...kerana walaupun ia cuma kamera yang simple dan biasa-biasa saja, it did quite a good job for someone who is a technicality-idiot and terlalu malas untuk menggodek gadget yang dimiliki, like myself. I like it for its simplicity, and I love it because it's handy; mudah untuk mengambil gambar di mana-mana saja.

This is the second time my camera was broken, as my previous Kodak which I also loved dearly pun rosak sebab terhentak dengan haversack yang sarat dan berat on our way back from Belum.

Haih..ada-adaaaaa je...

Nak tunggu occassion apa pulak ni nak jadi penyebab beli kamera baru??

Monday, August 24, 2009

rembat!

gua hot!

masa mula terawih tadi dah ada sikit ngantuk..jadi gua decide malam ni buat 8 jela. sekali lepas 4 rekaat dia potong lak masuk tazkirah panjang tak hengat merambat-rambat dari satu nasihat ke nasihat yang lain tanpa ada struktur penceritaan atau topik yang jelas. gua nengok makcik-makcik tu sume dah layu je,,separuh budak kat seksyen gua duduk tu pun dah blah..tengah gua timbang-timbang nak balik ke tidak dalam keadaan separa sedar tu nasib baikla dia tamatkan tazkirah. dia nak sambung terawih sampai 8 rekaat. itupun setelah beberapa kali bunyi-bunyi cam nak abis dah tapi tak jadik.

tapi bukan tu yang buat gua hot sangat.

gua gagahkan je sampai abis witir.

disebabkan gua cam dah huyung-hayang gua bertekad nak pecut balik umah selaju-laju mungkin. jeling meja moreh ada kuih apa pun tak moh.

sekali gua tengok-tengok sipa gua dah takde. abis dah satu surau gua tawaf. sahih kena kebas!

#!E@#Rgd)^^%*@$~wm,+*%$#@!!! (boleh masukkan apa2 kata carutan yg korang suka. memang gua 'mengucap' panjang pun dalam hati tadi)

sipa jepun buruk je pun..tak layak langsung nak masuk kategori cantik! itupun nak rembat jugak..masalah betul la.

lama gak la gua tunggu kat anjung surau tu tadi. tahap entah berapa orang lalu-lalang tegur "carik apa?".."sipa hilang eh?" gua senyum sumbing je la..

sebab gua berperikemanusiaan walaupun teraniaya. gua tunggu sampai sume slipar/kasut/sandal/heels/capal kat situ surut baru gua sapu apa yang tinggal. itu pun dah berapa kali gua tengok yang sebusuk-busuk selipar yang gua rasa dah boleh nak rembat je pun..ada je kaki yang datang menyarung. last-last dapatla satu selipar getah kaler hitam jenama 'Bowling'. ini set-set yang nenek gua selalu pakai pegi bagi makan ayam kat kampung. selesa. belasah je la..

masuk ni dah kali ketiga selipar gua kena rembat masa terawih kat surau ni. 2 kejadian sebelum ni berlaku dalam satu ramadhan yang sama 2 tahun lepas. itu lagi tension. yang pertama kali gua boleh kasi ampun sebab selipar tu memang cantik. mungkin tuhan nak ajar gua sebab disyaki dah ada unsur-unsur riak di situ. tapi selang berapa hari je slipar buruk yang gua sapu dari surau tu pun lesap jugak! aduih...hilang tempat bergantung jadinya.

apa agaknya yang tuhan nak sampaikan sebenarnya? adakah ini balasan gua tak ikhlas dengar tazkirah tadi? mungkin gua perlu praktis gigit lidah lebih banyak sebelum terkeluar kata-kata yang kurang manis?

Ahlan wa sahlan ya ramadhan. selamat berpuasa dan banyakkan bersabar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails