Seperti sesi-sesi prep malam yang selalunya, malam itu juga kelas hingar-bingar dengan pelbagai aktiviti biasa seperti 'perbincangan' untuk menyiapkan kerja sekolah, jalan-jalan cari pasal ke sana ke mari, dan perbualan tentang gosip-gosip hangat/update terkini.
Tapi tidak seperti selalu, malam itu adalah malam yang senyap bagi Ba'dina. Entah kenapa dia seperti tidak ada mood untuk berhooha-hooha pada malam itu dan tekun sahaja berada di tempat duduknya untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan.
Ketika bangun sebentar menuju ke locker di bahagian belakang kelas, Hailwa yang duduk di barisan akhir menggamit Ba'dina untuk singgah di mejanya.
"Toot,,meh la sini...main rambut aku..", kata Hailwa. Entah tak tahulah apa motifnya, pemikiran budak-budak tingkatan 2 memang kadang-kala sukar untuk dimengertikan. Tapi Ba'dina akur sahaja lalu berdiri di samping Hailwa menocang rambut rakannya itu sambil mereka berborak-borak yang entah apa-apa dan bergelak ketawa ria dalam suasana kelas yang gamat riuh-rendah.
Tiba-tiba Haniz entah dari mana meluru masuk ke dalam kelas sambil menjerit cemas memberikan amaran, "Wey..Sally..Sally!!". Secara automatik semua budak bertempiaran bergegas kembali duduk di tempat masing-masing.
Kecuali Ba'dina yang masih terpaku berdiri terbangak-bangak sambil tangannya memegang rambut Hailwa.
"Apa Sally Sally??!". Secepat kilat sahaja Cik Salmah sudah terpacul di muka pintu kelas dengan muka paling garang.
Dan sebagaimana kilat bertindak, matanya juga terus saja menyambar objek paling tinggi dalam kelas ketika itu, iaitu Ba'dina. "Hah..yang kamu 2 orang tu buat apa?!"
Setiap pasang telinga dalam kelas itu menjadi tegak untuk menangkap sesi soal-bicara tersebut sambil mata berpura-pura menghadap buku di atas meja masing-masing.
Sedang Ba'dina terkebil-kebil dengan tangan basahnya masih di kepala Hailwa sambil teragak-agak untuk memberikan jawapan yang selamat, seperti enau melepaskan pucuknya Hailwa secara spontan menjawab, "Saya tak tau Cikgu...saya duduk je kat tempat saya buat kerja,,tiba-tiba dia datang main rambut saya".
Mata Ba'dina menjadi bulat,,mulutnya terlopong tidak percaya mendengar jawapan tersebut.
"Kamu jalan-jalan masa prep, kacau orang buat kerja...cuba baca sifir 23!", jerkah Cik Salmah kepada Ba'dina.
Dengan muka penuh yakin konon-konon memang hafal sifir 23, Ba'dina menyebut perlahan-lahan sambil mencongak laju dalam kepala, "23..46..69..92..115..138..161..184..207..230.."
"Sudah!", kata Cik Salmah berpuas hati. Ba'dina menghela nafas lega dengan kepantasannya mencongak. Dan Hailwa menghela nafas lega dengan kepantasannya menyalahkan Ba'dina...
Tapi Cik Salmah rupanya masih belum mahu berhenti setakat itu sahaja. Beralih pandangan kepada Hailwa pula, dia menyambung marah, "Kamu pun sama aja...baca sifir 17!"
Terkejut dengan arahan tersebut, Hailwa berdiri terkial-terkial mengajak mindanya mencongak dalam kadar lumba lari pecut 100m, namun otaknya telah cramped, "17..34..err..51..errr..68..err..errrr..."
"Sudah!", kata Cik Salmah tak puas hati. "Duduk!", arahnya kepada Ba'dina dan Hailwa lalu menyambung membebel kepada seluruh kelas tentang keperluan menggunakan masa sebaik-baiknya ketika prep sambil dia beredar ke kelas sebelah untuk meneruskan pemantauan selaku warden bertugas malam itu.
Huh..gila tikam belakang kawan (tapi secara depan-depan?),,tak ada semangat setiakawan langsung. Dan Tuhan kalau nak balas, tak payah tunggu lama-lama, Dia boleh bagi 'cash' on the spot. Sifir 17 lagi susah daripada sifir 23 okkkkk..huhuhuuh...
"Tapi aku tak tahu kenapa aku tak benci dia ni...", kata Ba'dina.
I love you Toot! Muaahhhs!! :D