Entah tak tahulah atuk/nenek/moyang/buyut/orang tua mana yang mula menyebutnya, tapi ikut sajalah nasihat ini kerana ia sesungguhnya amat benar, dan anda akan benar-benar terasa kebenarannya jika sebelum keluar rumah sudah ternampak awan begitu sarat dan berat, tapi bila keluar dari kereta untuk naik LRT pula anda tak ambil pun payung dalam kereta, dan setelah sampai ke stesen yang ditujui, hujan turun mencurah-curah dengan selebat-lebatnya.
Dan sekiranya di stesen LRT di mana anda turun itu terdapat kedai atau kiosk yang menjual payung, beli sajalah tanpa berkira-kira sangat harganya RM15.90 sekaki yakni lebih kurang sama jumlah harganya dengan 3 kaki payung yang anda tinggalkan dalam kereta, kerana berapa banyak payung pun yang ada dalam kereta tidak akan dapat membantu anda ketika itu, dan anda akan benar-benar terasa kekesalannya saat berebut-rebut teduhan payung kakak warga Indonesia yang anda bernasib sedikit baik terjumpa di tengah perjalanan dan boleh minta tumpang sekaki sebab kebetulan menuju arah yang sama tapi tetap kuyup sebab terpaksa banyak mengalah kepada tuan empunya payung, dan akan terus berasa kesalnya di saat setelah memasuki bangunan yang kering dan nyaman semua orang memandang serong kerana anda seorang yang basah lencun dengan air menitik-nitik dari hujung baju dan tudung sehingga anda terpaksa beli baju baru dan bersalin pakaian terlebih dahulu sebelum boleh bergegas ke jualan buku murah gila sambil risau-risau khuatir buku-buku menarik yang diingini semua telah habis diambil orang..
Nasib baik berjaya jugak beli buku hingga 10 buah..Hoh!!
No comments:
Post a Comment