Sunday, September 6, 2009

onde-onde

ataupun nama lain yang orang selalu jugak panggil adalah buah melaka.


Semalam berbuka dengan Vikings kat rumah Uzaini (yang dah menghampiri status rumah kelab). Pot luck style. Jadi saya bawak murtabak makaroni (ehem..Mak yang buat ;p) dan puding karamel yang first time saya buat sendiri ;D ikut resipi Sarah (a bit different from Hajar's).

Banyak gila makanan, sampai masing-masing dah 3-4 round pun tak habis-habis lagi. Sambil lepak-lepak borak-borak layan TV, tuan rumah jemput makan lagi kuih onde-onde yang masih berbaki. Mulalah keluar balik kisah-kisah silam.

Masa kat UTM dulu, kalau Vikings punya jamuan (buka puasa, raya, apa-apalah yang selalu dan pelbagai lagi tu), memang kitorang akan masak sendiri kat Rumah Kelab. Antara kuih yang paling selalu buat adalah onde-onde, sebab ia sangat senang dan seronok.

Bagi yang kurang tahu, onde-onde dibuat menggunakan tepung pulut (biasanya diwarnakan hijau) dan ada inti gula melaka kat tengahnya. Bila dah letak inti, ia akan digentel untuk membentuknya bulat-bulat macam buah (thus the name buah melaka). Dah siap masak karang baru golek dalam kelapa parut.

Bila bab taruk inti dan gentel-gentel tu, memang secara automatik akan ada ramai yang volunteer nak tolong. First round memang semua orang bekerja secara jujur dan menghasilkan onde-onde yang mematuhi spesifikasi. Tapi bila masuk second round, masing-masing tumbuh tanduk nak pedajal orang lain. Kecuali beberapa orang je Tukang Gentel Jujur macam Munirah dan Fara (level jujur Ayuz turut diragui di sini), mulalah semua orang menyerlahkan kreativiti masing-masing menggunakan sumber-sumber yang boleh diperolehi daripada persekitaran.

Yang mana pada tahap ini, inti gula melaka akan mula diabaikan dan digantikan dengan inti-inti lain. Antara calon-calon pilihan barisan alternatif adalah:

1. rubber band/getah sayur biasa kaler coklat tu (digumpal kemas-kemas)
2. garam
3. ikan bilis
4. kacang tanah (bagi pilihan 2 dan 3, kalau nasib baik yang dah digoreng)
5. cili padi
6. daun (dikecai-kecaikan)
7. ranting kayu saiz kecil (dipatah-patahkan)
8. dan pelbagai lagi pilihan 'inti' lain, bergantung kepada sumber-sumber yang ada di sekeliling sewaktu kejadian

Bila time nak makan mulalah masing-masing tersengih-sengih, mengharapkan orang-orang lain akan termakan umpan yang dipasang. Bila ada je reaksi kurang normal seperti menyumpah tiba-tiba, tahan-tahan gelak, control macho, cuba buat-buat macam takde apa-apa berlaku tapi tak berjaya, meluahkan makanan dalam mulut, meludah, atau cepat-cepat minum air secara banyak, ia akan disambut dengan soalan-soalan macam "Nape?"*muka buat-buat tak tau apape,, "Ko dapat apa?"*sengih-sengih,, dan gelak tawa gembira kerana jerat sudah mengena. Dan satu kecelakaan yang paling besarlah sekiranya termasuk perangkap buatan sendiri..hahahah.

Tulah orang tua-tua kata,
"Orang ni, rambut sama hitam, hati lain-lain".

Dan masyarakat onde-onde di Skudai kata,
"Onde-onde ni, salut sama hijau, inti lain-lain".

Atas rekod jenayah silam ini, saya telah diberi amaran keras oleh Mak bilamana semasa tolong gentel onde-onde kat rumah last weekend, secara tak sengaja tangan saya menghampiri rubber band yang berada berdekatan.

*Gambar onde-onde di atas disauk daripada blog Ayinemran, yang mana disertakan dengan resepi onde-onde yang jujur.

2 comments:

Liza Othman said...

aku jujur la wa..
ko ingat tak mase kite memula nak wat onde-onde ni kat villa kayak tu, masing2 tak tau gune tepung ape.. try gune tepung gandum la..tepung beras la..jadi onde2 keras kedengkung..
sudahnya beberapa org call mak masing2 nak tau guna tepung ape yg sebenarnya.. barulah tau gune tepung pulut =D

hailwa said...

ahahahah..aku ingat!masa tu kita agas lagi kan,,and senior sume ada meeting..main belasah je buat.yg onde2 tepung beras tu jatuh kt lantai je terus pecah berderai..lawak giller!

sudahlah liza..dalam hal menggentel onde2 ni mmg aku ragu2 bila org mengaku dia jujur..hheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails