Friday, September 18, 2009

hari terakhir bekerja sebelum cuti raya

tadi saya seluk tangan melalui otot pektoral terus ke dalam sangkar rusuk, meraba-raba mencari punca apa yang tak kena. baru saya perasan: rupa-rupanya hati saya cuma tinggal 1/3 saja daripada isipadu asalnya. sungguh! bila ditanya ke mana perginya 2/3 bahagian yang lainnya, baki hati yang tinggal dengan berat dan suram mengaku yang lain-lainnya dah berantakan menjadi keping-keping berasingan dan bersepah-sepah ke pelbagai tempat yang berlainan. ada yang dah duduk lepak-lepak kat rumah, pergi shopping sakan tak ingat dunia malah ada yang dah sampai kampung pun tengah tolong nenek anyam ketupat. cis! patutlah hari ni saya ke ofis berpakaian satu sut warna kelabu. suram.

jadi untuk menghiburkan hati yang dah kecut tak boleh nak buat kerja lagi ni, saya selak-selak kamus bergambar google. baiklah adik-adik,,benda yang kita pelajari hari ini adalah tudung saji. ada pelbagai jenis tudung saji yang terdapat di pasaran,,contohnya:


original basic design


yang biasa-biasa, commercialised dan paling koman sekali


yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi dan penuh adat resam


yang lebih canggih dan menarik


dan


errr..yang luar biasa, fesyen terkini dan paling selebriti sekali



"Usah biarkan diri anda diselubungi (tudung saji) misteri..."

2 comments:

ctzal said...

oikk... byk research ko wat ni hailwa... lame dah ke wat keja2 b'faedah camnih...

hailwa said...

oppp..peminat setia siti jgn marah sangat...aku xpaksa dia pakai tudung saji tu,,sumpah! ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails