Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Pesan Tuan Sya'aban

Pagi tadi Emak forward satu SMS, bunyinya:

"Salam..nama saya Sya'aban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftaar. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda!!"

Hehee..siapa sajalah pengarang asalnya. Comel.


Baiklah Tuan Sya'aban, sukacitalah saya maklumkan yang jiran tuan dah pun sampai Maghrib semalam dan saya dah pun selamat berjumpa dengan beliau. Saya dah berazam nak berbaik2 dan berdampingan mesra dengan beliau sekeluarga sebab sejak zaman menulis karangan pidato di sekolah rendah lagi saya dah tahu dan sentiasa diingatkan bahawa masa begitu mencemburui kita. Saya berdoa supaya Tuhan sentiasa berikan saya kekuatan dan panduan untuk saya  memperbaiki diri sepanjang 30 hari ini.

Tapi, saya juga nak nasihatkan kawan-kawan saya semua, terutamanya yang sedang mencari tiket untuk balik kampung berhari raya. Tak payahlah gunakan penerbangan Eidul Airlines tu. Yang saya dengar, itu khas untuk Tuan Ramadhan dan kaum kerabatnya sahaja. Kalau-kalau nanti kawan-kawan dah betul-betul beli tiket Eidul Airlines tu tapi tersangkut di airport lagi sehari nak raya, contactlah balik ulat tiket yang berkenaan. Saya, emak saya dan Tuan Sya'aban tak ada kena-mengena dalam ini cerita.

Monday, September 14, 2009

lunch

Tengahari itu langit cerah. Matahari bersinar garang. Angin sesekali bergerak meniupkan hawa Ramadhan yang panas dan kering. Segerombolan pelajar bergerak menuju ke Makmal Sains untuk menghadap matapelajaran terakhir dalam jadual persekolahan hari itu. Walaupun Ramadhan, tapi macam selalu bila kaki bergerak mulut masing-masing juga bergerak membincangkan isu-isu semasa zaman persekolahan yang biasa-biasa di bulan puasa contohnya apa homework harini, nak pesan beli apa kat kelas yang pegi bazaar Ramadhan petang ni dan pagi tadi sahur apa sebab nak tau apa lauk lunch yang disediakan kat dining hall bagi orang-orang yang tak disyariatkan berpuasa.

Berada di belah-belah depan gerombolan tadi, Alin (bukan nama sebenar) dengan muka dan suara yang paling energetic, gembira, bahagia, dan berlagak, menyengih lebar melaungkan,

"Lepas ni aku nak gi lunch kat dining hall,,sape nak ikut??!!"

Lantas beberapa orang di belah-belah belakang gerombolan tadi menggetus,

"Sshhh..weii,,Pak Khalid lah!!"

Automatik semua kepala menoleh ke belakang secara serentak. Kelihatan Encik Khalid senyum-senyum kambing sambil melepasi gerombolan tadi untuk ke Staff Room.

Alin menekup muka yang merah padam akibat malu yang amat dengan buku Lab Report.

"Ergghh..alamakkk,,dahla Pak Khalid bapak angkat (mentor-mentee) aku!!!"

Dan budak-budak lain dalam gerombolan tadi dengan muka dan suara yang paling energetic, gembira, bahagia, dan berlagak, gelak ketawa terhuyung-hayang macam nak pecah perut sambil bergerak ke Science Lab.

Sunday, September 6, 2009

onde-onde

ataupun nama lain yang orang selalu jugak panggil adalah buah melaka.


Semalam berbuka dengan Vikings kat rumah Uzaini (yang dah menghampiri status rumah kelab). Pot luck style. Jadi saya bawak murtabak makaroni (ehem..Mak yang buat ;p) dan puding karamel yang first time saya buat sendiri ;D ikut resipi Sarah (a bit different from Hajar's).

Banyak gila makanan, sampai masing-masing dah 3-4 round pun tak habis-habis lagi. Sambil lepak-lepak borak-borak layan TV, tuan rumah jemput makan lagi kuih onde-onde yang masih berbaki. Mulalah keluar balik kisah-kisah silam.

Masa kat UTM dulu, kalau Vikings punya jamuan (buka puasa, raya, apa-apalah yang selalu dan pelbagai lagi tu), memang kitorang akan masak sendiri kat Rumah Kelab. Antara kuih yang paling selalu buat adalah onde-onde, sebab ia sangat senang dan seronok.

Bagi yang kurang tahu, onde-onde dibuat menggunakan tepung pulut (biasanya diwarnakan hijau) dan ada inti gula melaka kat tengahnya. Bila dah letak inti, ia akan digentel untuk membentuknya bulat-bulat macam buah (thus the name buah melaka). Dah siap masak karang baru golek dalam kelapa parut.

Bila bab taruk inti dan gentel-gentel tu, memang secara automatik akan ada ramai yang volunteer nak tolong. First round memang semua orang bekerja secara jujur dan menghasilkan onde-onde yang mematuhi spesifikasi. Tapi bila masuk second round, masing-masing tumbuh tanduk nak pedajal orang lain. Kecuali beberapa orang je Tukang Gentel Jujur macam Munirah dan Fara (level jujur Ayuz turut diragui di sini), mulalah semua orang menyerlahkan kreativiti masing-masing menggunakan sumber-sumber yang boleh diperolehi daripada persekitaran.

Yang mana pada tahap ini, inti gula melaka akan mula diabaikan dan digantikan dengan inti-inti lain. Antara calon-calon pilihan barisan alternatif adalah:

1. rubber band/getah sayur biasa kaler coklat tu (digumpal kemas-kemas)
2. garam
3. ikan bilis
4. kacang tanah (bagi pilihan 2 dan 3, kalau nasib baik yang dah digoreng)
5. cili padi
6. daun (dikecai-kecaikan)
7. ranting kayu saiz kecil (dipatah-patahkan)
8. dan pelbagai lagi pilihan 'inti' lain, bergantung kepada sumber-sumber yang ada di sekeliling sewaktu kejadian

Bila time nak makan mulalah masing-masing tersengih-sengih, mengharapkan orang-orang lain akan termakan umpan yang dipasang. Bila ada je reaksi kurang normal seperti menyumpah tiba-tiba, tahan-tahan gelak, control macho, cuba buat-buat macam takde apa-apa berlaku tapi tak berjaya, meluahkan makanan dalam mulut, meludah, atau cepat-cepat minum air secara banyak, ia akan disambut dengan soalan-soalan macam "Nape?"*muka buat-buat tak tau apape,, "Ko dapat apa?"*sengih-sengih,, dan gelak tawa gembira kerana jerat sudah mengena. Dan satu kecelakaan yang paling besarlah sekiranya termasuk perangkap buatan sendiri..hahahah.

Tulah orang tua-tua kata,
"Orang ni, rambut sama hitam, hati lain-lain".

Dan masyarakat onde-onde di Skudai kata,
"Onde-onde ni, salut sama hijau, inti lain-lain".

Atas rekod jenayah silam ini, saya telah diberi amaran keras oleh Mak bilamana semasa tolong gentel onde-onde kat rumah last weekend, secara tak sengaja tangan saya menghampiri rubber band yang berada berdekatan.

*Gambar onde-onde di atas disauk daripada blog Ayinemran, yang mana disertakan dengan resepi onde-onde yang jujur.

Friday, September 4, 2009

fish and chips

Petang semalam, via sms:

"Wa buka kt umah.jap lg blk.mak nak msk apa?"

"Skg kt giant nak buat fs n cp"

Fehh...Mak punya bahasa sms memang ganas. Memang mencemar duli beliau sebagai mantan guru Bahasa Malaysia peringkat sekolah menengah. Selalu pun memang gitulah rupanya. Ayat semua bersambunggg je hingga ke penghujung rancangan. Tak wujud langsung simbol-simbol penulisan macam koma, noktah, tanda soal, tanda seru, apatah lagi titik bertindih. Tu belum kira lagi 'teka-teki abbreviation' dia..

fs n cp?? Berkerut-kerut dahi saya baca. Tapi malas nak tanya lagi. Tunggu sampai rumah je la tengok sendiri.

"Ooooooooo,,fish and chips.." Mmm,,sedapnya!

The best fish and chips I've ever had was the one at the Glasgow airport that I ate with Hajar when we were traveling together. Just touched down from Spain, there was one hour gap before my connecting flight to London. We were going up the escalator when our noses caught the most delicious smell in the world - bau makanan yang dimasak panas-panas,,wapnya terperangkap dalam udara yang dingin-dingin..sungguh menggiurkan!!

Only god knows how glad and excited we were at that time when we turned our heads around to find that the gastronomic smell came from a fish and chips outlet (hape entahla nama dia,,dah tak ingat plak), sebab fish=halal!

When we were in Spain, we hardly had properly cooked meals because finding halal food there was sooo damn hard. In Cordoba, a kind-hearted old Muslim lady even tried to help us in our quest, guiding us through the maze of the similar-looking buildings and knocked on every restaurant we saw to ask the people around (in Spanish, that is) whether there were any halal food prepared,,but to no avail. And another reason for our lack of proper meals was that we were traveling the Amazing Race-style, so meals were always kept simple to be taken on the go.

So after 4 days of tak makan betul-betul, you may just imagine how we became like the monyet sejurus ternampak pokok cili berbuah lebat..heheh ("tolongg..tolonggg...dah empat hari saya tak makannn..." *suara terketar-ketar). The hunger pangs and crave for masakan dihidang panas-panas pulled us straight into the dining place. Self-service, kena bersabar sikit untuk beratur beli makanan.

Hajar kata that was one of the best fish and chips there, and their outlets are spreading nationwide. And I totally agree that it was the best fish and chips I've ever had. With such a large and generous portion, isi ikan yang tebal dan panjang serta bersalut rangup, potato chips yang melimpah ruah dalam pinggan lebar tu, kitorang yang kelaparan ni share 2 orang pun boleh rasa kenyang. Tapi sebab nak memuaskan nafsu, I queued again for the second round..hahah.

Slowing down on the 2nd round..

Tapi semalam,,Mak punya fish and chips gila sedaaaaaaaappp. Semalam adalah berbuka yang paling kenyang sekali so far,,tahap senak-senak mengah masa terawih..hahah

Untuk tatapan adik2ku di perantauan..hahah. Tapi Mak kata nyesal tak terfikir langsung nak buat ni masa korang kt rumah aritu (Hajar tak masuk book ;p)

I helped to make the mashed potato-which was yummy! hahah..first time buat sendiri,,selama ni tengok Sarah buat je. Senang je rupanya.

Tapi buat banyak gila, padahal makan 2 orang je pun. So we had another round of fish and chips during sahur, this time together with Ayah. (Jadi sekarang dah tau, 2 ketul kentang gemuk dan besar can make a serving for 5)

Sedaaaaaaaapppp!

Friday, August 28, 2009

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang engkau dustakan?"

- diulang-tanya sebanyak 31 kali di dalam surah Ar-Rahman

Akhirnya saya ke tadarus hari ni dengan malu-malu kucing kepada jemaah yang lain setelah tak berkesempatan hadhir untuk 2 hari sebelum ini. Didapati kumpulan saya agak laju. Setiap kumpulan diamanahkan baca 3 juzuk dan pada hari ketiga yang juga hari pertama saya hadir ni, mereka sudah sampai ke juzuk yang ketiga. Mungkin sebab ahli-ahli bagi komitmen yang baik dan ramai yang lancar bacaannya.

Dulu-dulu masa belajar pun tiap-tiap kali bulan Ramadhan mesti ada program tadarus. Masa dekat U ia dijalankan secara "pandai-pandailah group masing-masing nak tadarus bila" sebab timing pergi kelas lain-lain. Makanya saya syak banyak je group yang tak habis baca.

Kat sekolah keadaan lebih terkawal sebab jadual semua orang adalah sama. Tadarus memang akan buat belah petang dan disusuli dengan program menonton Jejak Rasul. Gila signifikan Jejak Rasul dengan bulan Ramadan masa tu sampai masuk dalam jadual harian sekolah.

Selalunya halangan terbesar nak pergi tadarus ni adalah malas..heheh. Dan di kala bulan tak ada syaitan ni memang tak banyak opsyen lain yang boleh nak dipersalahkan...

Wednesday, August 26, 2009

Ayah dan Ibu

Majlis berbuka puasa kat Ofis semalam bermula seawal jam 6.45 petang. Tak, kitorang semua tak buka awal..cuma majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas dan ceramah. Dah sahih masuk waktu Maghrib barulah semua orang mula makan.

Ustaz tu menekankan 'hablum minan naas' dalam ceramah beliau. Antara yang diulang-ingatkan banyak kali adalah kepentingan patuh dan taat kepada kedua ibu dan bapa kerana tanpa mereka tak ada lah kita di dunia ini.

Mengingatkan saya kepada lagu Sudirman "Ayah dan Ibu" (saya syak kuat itulah tajuknya). Saya menyanyi-nyanyi penuh perasaan di bawah titis-titis
air yang turun lebat mencurah-curah dalam shower pagi tadi.

"Ayah dan Ibu,,Ayah dan Ibu
itulah permulaan kami
dapat melihat arnab dan matahari.."

Ehh???

Saya yakin walaupun pernyataan itu masih benar dan valid, tapi bukan itu yang
Sudirman nyanyikan. Puas saya fikirkan sepanjang perjalanan ke Ofis.

Nasib baik saya dapat jawapan di blog Amyanti.

Monday, August 24, 2009

rembat!

gua hot!

masa mula terawih tadi dah ada sikit ngantuk..jadi gua decide malam ni buat 8 jela. sekali lepas 4 rekaat dia potong lak masuk tazkirah panjang tak hengat merambat-rambat dari satu nasihat ke nasihat yang lain tanpa ada struktur penceritaan atau topik yang jelas. gua nengok makcik-makcik tu sume dah layu je,,separuh budak kat seksyen gua duduk tu pun dah blah..tengah gua timbang-timbang nak balik ke tidak dalam keadaan separa sedar tu nasib baikla dia tamatkan tazkirah. dia nak sambung terawih sampai 8 rekaat. itupun setelah beberapa kali bunyi-bunyi cam nak abis dah tapi tak jadik.

tapi bukan tu yang buat gua hot sangat.

gua gagahkan je sampai abis witir.

disebabkan gua cam dah huyung-hayang gua bertekad nak pecut balik umah selaju-laju mungkin. jeling meja moreh ada kuih apa pun tak moh.

sekali gua tengok-tengok sipa gua dah takde. abis dah satu surau gua tawaf. sahih kena kebas!

#!E@#Rgd)^^%*@$~wm,+*%$#@!!! (boleh masukkan apa2 kata carutan yg korang suka. memang gua 'mengucap' panjang pun dalam hati tadi)

sipa jepun buruk je pun..tak layak langsung nak masuk kategori cantik! itupun nak rembat jugak..masalah betul la.

lama gak la gua tunggu kat anjung surau tu tadi. tahap entah berapa orang lalu-lalang tegur "carik apa?".."sipa hilang eh?" gua senyum sumbing je la..

sebab gua berperikemanusiaan walaupun teraniaya. gua tunggu sampai sume slipar/kasut/sandal/heels/capal kat situ surut baru gua sapu apa yang tinggal. itu pun dah berapa kali gua tengok yang sebusuk-busuk selipar yang gua rasa dah boleh nak rembat je pun..ada je kaki yang datang menyarung. last-last dapatla satu selipar getah kaler hitam jenama 'Bowling'. ini set-set yang nenek gua selalu pakai pegi bagi makan ayam kat kampung. selesa. belasah je la..

masuk ni dah kali ketiga selipar gua kena rembat masa terawih kat surau ni. 2 kejadian sebelum ni berlaku dalam satu ramadhan yang sama 2 tahun lepas. itu lagi tension. yang pertama kali gua boleh kasi ampun sebab selipar tu memang cantik. mungkin tuhan nak ajar gua sebab disyaki dah ada unsur-unsur riak di situ. tapi selang berapa hari je slipar buruk yang gua sapu dari surau tu pun lesap jugak! aduih...hilang tempat bergantung jadinya.

apa agaknya yang tuhan nak sampaikan sebenarnya? adakah ini balasan gua tak ikhlas dengar tazkirah tadi? mungkin gua perlu praktis gigit lidah lebih banyak sebelum terkeluar kata-kata yang kurang manis?

Ahlan wa sahlan ya ramadhan. selamat berpuasa dan banyakkan bersabar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails