Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

onde-onde

ataupun nama lain yang orang selalu jugak panggil adalah buah melaka.


Semalam berbuka dengan Vikings kat rumah Uzaini (yang dah menghampiri status rumah kelab). Pot luck style. Jadi saya bawak murtabak makaroni (ehem..Mak yang buat ;p) dan puding karamel yang first time saya buat sendiri ;D ikut resipi Sarah (a bit different from Hajar's).

Banyak gila makanan, sampai masing-masing dah 3-4 round pun tak habis-habis lagi. Sambil lepak-lepak borak-borak layan TV, tuan rumah jemput makan lagi kuih onde-onde yang masih berbaki. Mulalah keluar balik kisah-kisah silam.

Masa kat UTM dulu, kalau Vikings punya jamuan (buka puasa, raya, apa-apalah yang selalu dan pelbagai lagi tu), memang kitorang akan masak sendiri kat Rumah Kelab. Antara kuih yang paling selalu buat adalah onde-onde, sebab ia sangat senang dan seronok.

Bagi yang kurang tahu, onde-onde dibuat menggunakan tepung pulut (biasanya diwarnakan hijau) dan ada inti gula melaka kat tengahnya. Bila dah letak inti, ia akan digentel untuk membentuknya bulat-bulat macam buah (thus the name buah melaka). Dah siap masak karang baru golek dalam kelapa parut.

Bila bab taruk inti dan gentel-gentel tu, memang secara automatik akan ada ramai yang volunteer nak tolong. First round memang semua orang bekerja secara jujur dan menghasilkan onde-onde yang mematuhi spesifikasi. Tapi bila masuk second round, masing-masing tumbuh tanduk nak pedajal orang lain. Kecuali beberapa orang je Tukang Gentel Jujur macam Munirah dan Fara (level jujur Ayuz turut diragui di sini), mulalah semua orang menyerlahkan kreativiti masing-masing menggunakan sumber-sumber yang boleh diperolehi daripada persekitaran.

Yang mana pada tahap ini, inti gula melaka akan mula diabaikan dan digantikan dengan inti-inti lain. Antara calon-calon pilihan barisan alternatif adalah:

1. rubber band/getah sayur biasa kaler coklat tu (digumpal kemas-kemas)
2. garam
3. ikan bilis
4. kacang tanah (bagi pilihan 2 dan 3, kalau nasib baik yang dah digoreng)
5. cili padi
6. daun (dikecai-kecaikan)
7. ranting kayu saiz kecil (dipatah-patahkan)
8. dan pelbagai lagi pilihan 'inti' lain, bergantung kepada sumber-sumber yang ada di sekeliling sewaktu kejadian

Bila time nak makan mulalah masing-masing tersengih-sengih, mengharapkan orang-orang lain akan termakan umpan yang dipasang. Bila ada je reaksi kurang normal seperti menyumpah tiba-tiba, tahan-tahan gelak, control macho, cuba buat-buat macam takde apa-apa berlaku tapi tak berjaya, meluahkan makanan dalam mulut, meludah, atau cepat-cepat minum air secara banyak, ia akan disambut dengan soalan-soalan macam "Nape?"*muka buat-buat tak tau apape,, "Ko dapat apa?"*sengih-sengih,, dan gelak tawa gembira kerana jerat sudah mengena. Dan satu kecelakaan yang paling besarlah sekiranya termasuk perangkap buatan sendiri..hahahah.

Tulah orang tua-tua kata,
"Orang ni, rambut sama hitam, hati lain-lain".

Dan masyarakat onde-onde di Skudai kata,
"Onde-onde ni, salut sama hijau, inti lain-lain".

Atas rekod jenayah silam ini, saya telah diberi amaran keras oleh Mak bilamana semasa tolong gentel onde-onde kat rumah last weekend, secara tak sengaja tangan saya menghampiri rubber band yang berada berdekatan.

*Gambar onde-onde di atas disauk daripada blog Ayinemran, yang mana disertakan dengan resepi onde-onde yang jujur.

Friday, August 28, 2009

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang engkau dustakan?"

- diulang-tanya sebanyak 31 kali di dalam surah Ar-Rahman

Akhirnya saya ke tadarus hari ni dengan malu-malu kucing kepada jemaah yang lain setelah tak berkesempatan hadhir untuk 2 hari sebelum ini. Didapati kumpulan saya agak laju. Setiap kumpulan diamanahkan baca 3 juzuk dan pada hari ketiga yang juga hari pertama saya hadir ni, mereka sudah sampai ke juzuk yang ketiga. Mungkin sebab ahli-ahli bagi komitmen yang baik dan ramai yang lancar bacaannya.

Dulu-dulu masa belajar pun tiap-tiap kali bulan Ramadhan mesti ada program tadarus. Masa dekat U ia dijalankan secara "pandai-pandailah group masing-masing nak tadarus bila" sebab timing pergi kelas lain-lain. Makanya saya syak banyak je group yang tak habis baca.

Kat sekolah keadaan lebih terkawal sebab jadual semua orang adalah sama. Tadarus memang akan buat belah petang dan disusuli dengan program menonton Jejak Rasul. Gila signifikan Jejak Rasul dengan bulan Ramadan masa tu sampai masuk dalam jadual harian sekolah.

Selalunya halangan terbesar nak pergi tadarus ni adalah malas..heheh. Dan di kala bulan tak ada syaitan ni memang tak banyak opsyen lain yang boleh nak dipersalahkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails