Tuesday, October 13, 2009

Bakawali



Balik dari jemputan Kampung Badak lebih kurang pukul 10 malam semalam, sedang saya huru-hara masuk bilik air untuk melegakan diri, Mak pulak huru-hara panggil saya keluar cepat.


"Cepat-cepat keluar,,meh tengok ni!!"


Rupa-rupanya pokok bakawali yang Mak tanam sekembali dari kampung cuti raya hari tu dah berputik dan nampak gayanya akan kembang sikit masa aja lagi. Ya, bakawali hanya kembang di waktu malam dan dalam masa beberapa jam sahaja. Dan kami semua tak pernah tengok bunga bakawali.



Makanya bersengkang matalah kami menanti sang bakawali untuk mekar. Sayang betul, semua kamera tengah tak available untuk memegunkan saat kegemilangannya yang cuma sekejap itu. Terpaksalah bertakpuas hati dengan bantuan kamera telefon saja.


Nasib baiklah Mak tanam dalam pasu, jadi bolehla angkut dia ke depan pintu. Kalau tidak, nak bernyamuk bergelap kat halaman tu dengan kamera telefonnya, harus tak dapat capture apa-apa pun langsung. Bila dia dah duduk depan pintu, seluruh ruang tamu terbau harumnya.




Bakawali yang mekar mewangi


Seperti yang disebut-sebut orang, rasanya memang tahap klimaks dia (bakawali, bukan orang) adalah dalam waktu-waktu tengah malam tu. Sebab dalam pukul-pukul 1 lebih hingga 2 tu walaupun dia masih mekar, tapi saya perasan yang kelopaknya sudah mulai menguncup semula.



Selamat tinggal dunia
(Note the change of background? Time ni tahap dah angkut masuk dalam rumah pulak dah to get better shot)




Harap-harap pokok ini akan terus hidup subur dan berbunga banyak-banyak lagi. Harap-harap bila DSLR balik nanti dapatlah capture midnight beauty ini, sebab phone camera itu didn't do justice to her at all. Huh.

2 comments:

yoyoe said...

aaa!! canteknye..wangi eh? sa ingt xde bau

nnti kalau korg dtg utp ingtkan sa singgah tasik tepi jln tu ada bnyk teratai. ada simpang la leh ke situ..bru pasan aritu.huhu

hailwa said...

cantek dan wangi! mak sangat puas hati dapat tengok bunga ni kembang :)

hah mak mesti excited nak teratai hhehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails