Thursday, October 1, 2009

Api! Api! Lari! Lari!

Latihan kebakaran adalah satu kemestian supaya penduduk setempat tidak panik dan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya benar-benar berhadapan dengan situasi kebakaran (wah wah,, bunyi-bunyi ayat macam keluar dari mulut anggota bomba!). Kalau berlaku kebakaran di bangunan yang ada sistem penggera kebakaran, bagi tingkat-tingkat/floor yang dengar loceng dibunyikan secara putus-putus, penghuni hendaklah bersedia untuk menyelamatkan diri. Ini biasanya sebab api tercetus di tingkat lain yang jauh dan floor anda adalah berisiko rendah. Tapi kalau dengar bunyi loceng secara berpanjangan, penghuni hendaklah mengosongkan bangunan dengan segera.

Kat ofis semalam, dalam pukul 2 lebih lepas-lepas lunch break, ketika orang semua tengah kenyang sambil ambik-ambik mood nak sambung keje balik, bila tiba-tiba loceng berbunyi semua orang mengeluh, "alamak..apahal ni,,fire drill ke?" sambil tak berganjak dari tempat duduk masing-masing dan teruskan buat tak tau je..malas nak layan.

Tapi bila deringan loceng yang bingit tu tak berhenti walau sedetik pun, orang-orang mula kecoh bertanya sana-sini apa ke halnya. Bila diberitahu Tingkat 8 terbakar dan semua kena keluar dari bangunan, orang semua blur dan bertanya balik, "iya ke? betul-betul terbakar ke? memang betul-betul ada api ke? bukan fire drill??". Hanya lepas sukarelawan peninjau pejabat balik bagi laporan pengesahan kejadian sambil meyakinkan yang "ini bukan chobaan..ini betul-betulll!", barulah semua orang mula bergerak ambik barang masing-masing dan turun ikut tangga kecemasan. Jelaslah bila dah selalu sangat dengar fire alarm dalam keadaan yang tak ada fire, the alarm no more triggers our panic dan semua pun dah jadi immune.

Untuk keselamatan, menurut nasihat pihak bomba sepatutnya turun tangga janganlah secara berlari, tapi cuma dengan langkah yang laju sahaja dan tidak panik. Tapi yang berlaku haritu jangankan berlari, cemas panik sikit pun tidak. Semua orang turun tangga macam ala-ala nak pegi lunch je, sambil catch-up cerita raya dengan budak-budak floor lain yang dah lama tak jumpa akibat kesibukan kerja masing-masing. Betullah kata orang, bencana menyatukan kita.

Sampai kat bawah, semua umat bersepahan melata-lata umpama kambing-kambing di padang ragut. Bila kena halau dengan sang penggembala barulah kecoh semua berkumpul ikut floor masing-masing dan bagi nama untuk pastikan semua jemaah cukup dan tak ada yang rentung kat atas. Ada floor yang begitu efisien - tak payah nak kecoh-kecoh carik siapa ada terbawak pen dengan kertas nak tulis nama - dia orang dah siap ada attendance list bercetak tinggal tick-tick je. Wah,,dalam keadaan yang sepatutnya cemas pun sempat lagi nak print attendance list bagai!

Mangsa-mangsa yang tetap ceria dan gembira, berkumpul bersama-sama

Tak lama je lepas tu, jentera bomba pun menenong-nenong dengan lampu lip-lap datang ke tempat kejadian.

Tak lama je lepas tu, jentera bomba kedua pun menenong-nenong dengan lampu lip-lap datang ke tempat kejadian.

Wah,,kellasss kau Mariaaa! Barulah macam ini betul-betul kejadian.

Ofis terbakar panggil bomba...bomba datang berlumba-lumba

Tapi sebab apinya taklah besar mana,,maka jentera bomba kedua pun tanpa menenong-nenong dan lampu lip-lap beredar dari tempat kejadian. Even dari assembly area tu pun tak nampak pun apinya, cuma nampak asap sikit-sikit je dan ada bau seperti pembakaran kertas sedang berlaku.

Efisiensi pihak bomba dalam situasi api yang bersaiz kecil menimbulkan satu masalah: kebakaran ini berlaku terlalu awal (sebelum pukul 3) dan memang kemungkinan yang sangat besarlah ia akan disetelkan dalam masa yang singkat. Oleh yang demikian, walaupun saya yakin lebih 40 orang berdoa sambil menggenggam kunci kereta dalam poket seluar dan handbag masing-masing agar perkara ini berlanjutan sehingga petang supaya boleh chow balik rumah terus, ternyatalah Tuhan tak ingin makbulkan niat-niat yang kurang baik.

Tapi mungkin juga bencana, walaupun kecil dan dapat ditangani dengan baik, dapat menimbulkan keinsafan dalam hati manusia dan mengingatkan manusia kepada penciptanya yang berkuasa. Sebab selepas letakkan semula handbag di bilik setelah semua urusan pemadaman api selesai dan para pekerja dibenarkan pulang ke pejabat masing-masing, saya turun kembali ke surau untuk solat Zohor dan mendapati surau adalah sesak. Heh..Tuhan baru jentik sikit je tu.

Dan bencana kecil yang sungguh enteng ini berlaku beberapa jam sebelum bumi Sumatera digegar dengan gempa bumi yang menyebabkan Malaysia turut terasa tempiasnya. Harap-harap Tuhan peliharakanlah kita daripada malapetaka yang tak mampu kita hadapi.

baru terpikir pulak:
tolonglah Tuhan jangan jadikan kejadian ni sebagai sesi latihan untuk gempa bumi ke apa ke...dengan kadar pengungsian bangunan tahap lenggang kangkung bagai itik pulang petang macam tu, takut-takut ada yang turun bawah sekali dengan kerusi meja masih atas lantai pejabat masing-masing. Heh..Nauzubillah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails