Showing posts with label pelik-pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik-pelik. Show all posts

Friday, June 11, 2010

Kluang Station

Minat betul saya makan/minum di restoran Kluang Station.

Pertama kali saya mencuba air cham di situlah. Memang tidak silap langkah, satu pengenalan yang baik. Jadi sekiranya selepas-lepas itu kalau terminum air cham yang tidak sedap pun, minat saya terhadap air cham tetap tidak luntur. Kerana jauh di sudut hati saya tahu rasa air cham yang sebenar. Ecewah.

Saya pernah laung-laungkan di Facebook yang saya merasakan bahawa air cham di restoran Kluang Station adalah tahap dewa,,dan mengesyaki bahawa Dewa Cham bermastautin di Stesen Keretapi Kluang, Johor Darul Takzim.

Jakpo memberi respon yang air cham di Papparich lebih dewata raya. Tapi tak dapatlah..pada saya air cham yang kat Stesen Keretapi Kluang, Johor tu adalah memang tahap super mahadewa jurus tertinggi.

Tapi memandangkan saya di Kuala Lumpur, dapat makan/minum di restoran Kluang Station saja pun dah cukup manislah. Jika pada hari bekerja, selalunya ketika waktu makan tengahari Jumaat yang panjang itulah baru saya berpeluang ke restoran Kluang Station. Kadang-kadang bersama rakan sepejabat,,tapi yang lebih selalu bersendirian saja. Seronok juga sesekali makan bersendirian. Biasanya bila makan bersendirian saya akan pilih tempat duduk di sudut, sepertimana pada hari Jumaat lepas.

Sedang saya menikmati nasi lemak ayam merah bersama segelas air cham ais, sekonyong-konyong melintas di depan saya 3 orang jejaka. Tidaklah kacak pun, walaupun kulit mereka cerah-cerah sedikit daripada majoriti rakyat tempatan kita, mata pun sepet-sepet sedikit daripada majoriti rakyat tempatan kita, yang mana saya jangka mungkin orang-orang dari negara Asia Tenggara yang utara-utara sedikit dari negara di utara negara kita.

Tapi yang betul-betul membuatkan saya terpana adalah ketiga-tiganya berjalan dengan penuh yakin dan bersahaja dengan menyandang beg galas di bahu, sambil sebelah tangan membimbit beg pakaian/beg dufel, dan sebelah tangan lagi pula membimbit gulungan tilam nipis lengkap dengan sebiji, atau mungkin 2 biji, bantal di dalamnya. Ketiga-tiga mereka.

Secara automatik saya terhenti mengunyah tapi mulut terus ternganga luas, dan mata membulat besar keliru sambil cuba menjengah ke arah tempat mereka mula muncul tadi iaitu ruang di sebalik kaunter penyediaan makanan yang menghalang pandangan saya, sambil berfikir sendirian..

"Ehh...kat sini,, kat Tingkat 1 Ikano Power Centre ni,, betul-betul ada stesen keretapikah???"

Friday, September 18, 2009

hari terakhir bekerja sebelum cuti raya

tadi saya seluk tangan melalui otot pektoral terus ke dalam sangkar rusuk, meraba-raba mencari punca apa yang tak kena. baru saya perasan: rupa-rupanya hati saya cuma tinggal 1/3 saja daripada isipadu asalnya. sungguh! bila ditanya ke mana perginya 2/3 bahagian yang lainnya, baki hati yang tinggal dengan berat dan suram mengaku yang lain-lainnya dah berantakan menjadi keping-keping berasingan dan bersepah-sepah ke pelbagai tempat yang berlainan. ada yang dah duduk lepak-lepak kat rumah, pergi shopping sakan tak ingat dunia malah ada yang dah sampai kampung pun tengah tolong nenek anyam ketupat. cis! patutlah hari ni saya ke ofis berpakaian satu sut warna kelabu. suram.

jadi untuk menghiburkan hati yang dah kecut tak boleh nak buat kerja lagi ni, saya selak-selak kamus bergambar google. baiklah adik-adik,,benda yang kita pelajari hari ini adalah tudung saji. ada pelbagai jenis tudung saji yang terdapat di pasaran,,contohnya:


original basic design


yang biasa-biasa, commercialised dan paling koman sekali


yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi dan penuh adat resam


yang lebih canggih dan menarik


dan


errr..yang luar biasa, fesyen terkini dan paling selebriti sekali



"Usah biarkan diri anda diselubungi (tudung saji) misteri..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails