Friday, June 11, 2010

Kluang Station

Minat betul saya makan/minum di restoran Kluang Station.

Pertama kali saya mencuba air cham di situlah. Memang tidak silap langkah, satu pengenalan yang baik. Jadi sekiranya selepas-lepas itu kalau terminum air cham yang tidak sedap pun, minat saya terhadap air cham tetap tidak luntur. Kerana jauh di sudut hati saya tahu rasa air cham yang sebenar. Ecewah.

Saya pernah laung-laungkan di Facebook yang saya merasakan bahawa air cham di restoran Kluang Station adalah tahap dewa,,dan mengesyaki bahawa Dewa Cham bermastautin di Stesen Keretapi Kluang, Johor Darul Takzim.

Jakpo memberi respon yang air cham di Papparich lebih dewata raya. Tapi tak dapatlah..pada saya air cham yang kat Stesen Keretapi Kluang, Johor tu adalah memang tahap super mahadewa jurus tertinggi.

Tapi memandangkan saya di Kuala Lumpur, dapat makan/minum di restoran Kluang Station saja pun dah cukup manislah. Jika pada hari bekerja, selalunya ketika waktu makan tengahari Jumaat yang panjang itulah baru saya berpeluang ke restoran Kluang Station. Kadang-kadang bersama rakan sepejabat,,tapi yang lebih selalu bersendirian saja. Seronok juga sesekali makan bersendirian. Biasanya bila makan bersendirian saya akan pilih tempat duduk di sudut, sepertimana pada hari Jumaat lepas.

Sedang saya menikmati nasi lemak ayam merah bersama segelas air cham ais, sekonyong-konyong melintas di depan saya 3 orang jejaka. Tidaklah kacak pun, walaupun kulit mereka cerah-cerah sedikit daripada majoriti rakyat tempatan kita, mata pun sepet-sepet sedikit daripada majoriti rakyat tempatan kita, yang mana saya jangka mungkin orang-orang dari negara Asia Tenggara yang utara-utara sedikit dari negara di utara negara kita.

Tapi yang betul-betul membuatkan saya terpana adalah ketiga-tiganya berjalan dengan penuh yakin dan bersahaja dengan menyandang beg galas di bahu, sambil sebelah tangan membimbit beg pakaian/beg dufel, dan sebelah tangan lagi pula membimbit gulungan tilam nipis lengkap dengan sebiji, atau mungkin 2 biji, bantal di dalamnya. Ketiga-tiga mereka.

Secara automatik saya terhenti mengunyah tapi mulut terus ternganga luas, dan mata membulat besar keliru sambil cuba menjengah ke arah tempat mereka mula muncul tadi iaitu ruang di sebalik kaunter penyediaan makanan yang menghalang pandangan saya, sambil berfikir sendirian..

"Ehh...kat sini,, kat Tingkat 1 Ikano Power Centre ni,, betul-betul ada stesen keretapikah???"

9 comments:

a.k.a. apot said...

aku pun rase cham ais di Paparich memang sedap giller..tp kat Kluang station pun mmg dewa..
tapi 3 orang tu..
seluk mane dorg klua?

ashra said...

ko suka,aku pun suka.hehe..
ko ptt try,original rase kat stesen keretapi kat kluang tu.

bukan je sedap,dapat feel lg sebelah keretapi..ko org johor kan??
hehe

hailwa said...

najmah: tula aku pelik,,dari celah mana ntah dorang tu..siap bawak TILAM&BANTAL!

ashra: aku dah makan kat stesen ketapi yg kat kluang tu, sbb tu aku ckp Dewa Cham duduk kat situ. sedap tahap dewa!

marmalade said...

aku tak penah try air cham nih. sedap ke? is it coffee or tea or what? hahahah. if sedap gile, haruslah aku pegi try nanti.

best gile kau, lunch boleh pi ikano power centre. damn. aku balik2 alamandos je.

tolonglah bina lagi shopping mall kat putrajayaaaaaaaaa!

jackpo said...

FYI-restoran restoren kluang railway station di kluang tak sama dgn kluang station ada ada di merata2 negeri di dlm malaysia.

owner die tak sama...dan resepi tak sama...pendek kate...kluang station just nak tumpang ke'glamer'an kluang railway station restoren...panjang kate paparich tetap pendekar laut...

ngeh ngeh ngeh

@nozieyusof said...

nie yg rase nak balik johor..paparich tak ada

yg ade papadom sahaja

=D

hailwa said...

mala: it's coffee+tea=sedap! sila cuba!

jakpo: oyeke..patutla mmg lain sketla makanan dia. tp yg kluang station tu sedap je cham dia. paparich ada mcm2 jenis kan cham dia. aku pernah try 2kali, 1 xsedap, lagi 1 ok la..jom pegi jakpo,,kita buat judgement heheh

nozie: tapi kat lumut ada papafahry kan? heheheh

@nozieyusof said...

iye la hailwa. jwpn ko mmg bernas..heheh

tp sini ade char kuew tiow terbaik!!!

hamzah ian said...

nampak cam sedap...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails