Wednesday, May 26, 2010

Imuniti

Antara semua adik-beradik saya (ceh macam ramai sangat, padahal 4 orang saja), sayalah yang paling sekejap menyusu badan ketika masih kecil. Mungkin kerana ibu saya bekerja, dan saya merupakan anak pertama pula, maka saya mendapat susu ibu hanya dalam tempoh lebih kurang 2 bulan sahaja. Seterusnya diberi susu formula sehingga besar (ya, sekarang haruslah saya minum susu tepung/kotak kan..).

Mungkin kerana pengalaman dan pengetahuan keibubapaan yang lebih baik, adik-beradik saya yang lain kemudiannya berpeluang menyusu badan dalam tempoh yang lebih panjang. Paling lama adalah Hajar iaitu sehingga usia lebih kurang 2 tahun, siap tak mahu minum susu lain langsung. Kalau tak dapat susu ibu pasti menangis meraung.

Secara teorinya, susu ibu adalah yang terbaik untuk tumbesaran seseorang anak. Walau bagaimanapun, atas pelbagai faktor dan keadaan semasa, mungkin ada yang terpaksa/perlu/memilih untuk memberikan anak mereka susu formula. Terdapat pelbagai pilihan susu tepung pada masa kini yang mana semuanya telah diformula dengan segala macam khasiat bagi membantu perkembangan kanak-kanak. Wah memang macam bunyi pakar nutrisi kanak-kanak ;p

Dalam kes adik-beradik saya, melalui pemerhatian, dari segi IQ mungkin tiada perbezaan signifikan yang diaruh oleh tempoh penyusuan badan sewaktu kecil (tak tahulah kalau sebenarnya saya je yang tak sedar saya ni kurang pandai huhuhhu).

Namun satu aspek yang saya (dan kami adik-beradik semua sebenarnya) rasakan/perhatikan sebagai sangat dipengaruhi oleh tempoh penyusuan badan sewaktu kecil adalah tahap imuniti atau ketahanan badan dari serangan penyakit.

Ini kerana antara semua adik-beradik saya, sayalah yang paling senang demam, selsema, batuk2, hidung sensitiflah, alergik seafood pulak, mata suka nak berbintat, psoriatik, digestion system tak best segala,,,macam-macam hal yang bukan-bukan. Adik-beradik saya yang lain orait je...dan yang paling firaun sekali (dari segi tak pernah/jarang demam/sakit) adalah budak yang minum susu ibu paling lama iaitu Hajar.

Tapi sebagai anak, saya redha je lah ketentuan Tuhan ni..takkan nak tuntut pulak susu ibu yang beberapa titis tu. Dibuatnya karang mak saya minta pula saya balas jasa dia mengandung, lahirkan dan besarkan saya, jaga masa demam, masak yang sedap-sedap, basuh baju dan kasut sekolah, buatkan kerja sekolah, bagi duit, buatkan bekal sarapan pergi kerja tiap-tiap pagi, etc. etc. etc...habislah sampai ke sudah dunia akhirat pun tak setel-setel lagi saya bayar.

Nilah dia,,kalau masa demam-demam tapi mak pulak tengah outstation macam sekarang ni, memang melankolik sikit rasanya...huhuhu. I love you Mak, cepatlah balik.. :(

Sayang betul gambar lama-lama duduk dalam album mesti rosak.

Happy (belated) Mother's Day to all who mothers.

8 comments:

Aredhel Helya said...

Hahaha.... patut la tak sehat semalam... makan ubat yer... nanti da sehat leh la kita naik paraglyding sesama.... :)

Wahida said...

Get well soon ya! :D Betul, susu Ibu adalah yg terbaik. Setakat ni Khayra baru demam sekali, tu pun masa dia 8M. Alhamdulillah! :D

ashra said...

wahh..suka la entry ni.
aku setuju,kdg2 kita tak le nak wape kan.

sebenarnya,susu ibu mmg terbaik. tapi,pape pun bergantung pada imuniti badan kita sendiri..lain org,lain sistem badannye.

ikut pengalaman aku lak,
aku susu formula dr kecik.tak sampai sebulan pun susu bdn. alhamdulillah,aku mmg kategori jarang demam,selsema bagi sampai skang,tapi,dr segi IQ,aku mgkn aku kurang sket,kena usaha.

hubby plak,5 thn susu ibu..rekod plg lama!..dari segi imuniti badan,mmg kurang.slalu demam,perut pun tak thn lasak,salah makan,angin,kembung,loya muntah.slalu sgt kena ulser..da tua2 ni pun.tapi,dr segi IQ,mmg tip top..

so,semuanya timbal balik..lain org lain pengalaman.
aku minat la ko nye entri ni,aku amik sket ye,tuk masukkan dlm ulasan aku laks.hehe.

hailwa said...

ease: thanks! dah makan ubat dah :)

wahie: thanks! keep up your effort for khayra yg comel tu k :D

ashra: eh first time nampak ko kat sini. okkk aku sgt dah lama xupdate blog, sekali update ckp pasal breastfeeding..macam ibu2 x?? hahahahah

marmalade said...

hailwa, mala nih :)
wah, aku selalu rasa kau nih mcm tahan lasak. tak sangka pulak kau senang sakit eh.

hailwa said...

aku control macho je tu mala..hahahahah

Liza Othman said...

amboii hailwa..
bekal pegi kerje pun mak buatkan?? haihh!!

bagusnye buat artikel pasal breastfeeding yer. terima kasih kerana menyokong!! =D

hailwa said...

anak yang baik memang camtu liza..xmintak pun mak dia buatkan ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails