Friday, January 1, 2010

Teori Selang

Dalam keluarga saya, ada satu Teori Selang.

Yang mana jika seorang anak pada satu turutan ganjil (1,3,5,7...) memiliki suatu ciri tertentu, kemungkinan besar anak pada turutan ganjil seterusnya juga akan mewarisi ciri yang sama.

Hal ini juga terpakai kepada anak-anak pada turutan genap (2,4,6,8...).

Tapi teori ini hanya dapat dikaji dan dibuktikan sehingga anak pada turutan ke-4 sahaja. Sebabnya? Ya, adik-beradik saya cuma 4 orang sahaja heheheh. 

Sebagai contoh pembuktian teori, anak-anak pada turutan genap mempunyai masalah cracked heels and toes, manakala kaki anak-anak pada turutan ganjil orait je.. Perkara ini telah dapat diperhatikan sejak kecil-kecil lagi.

Tapi, ada sesetengah perkara bila dah besar-besar gabak begini baru dapat diketahui.

Antaranya ialah anak-anak pada turutan ganjil boleh kekal dalam keadaan normal di tempat yang tinggi, sedangkan anak-anak pada turutan genap gayat giller tak boleh blah sampai nak naik ke puncak Broga perlu berhenti beberapa kali untuk mengadakan segmen pujuk rayu dan sesi motivasi "Kau Boleh!". Huhuhuu...

But finally, we managed to hike up there to catch the sunrise :)


Dawn of a new day



The first ray of light crossing our face


Geng ganjil


Geng genap


Kaler baju berselang (not part of the theory)

Tapi nampaknya Teori Selang ini tidak terpakai apabila berada di air.

Ini jelas dapat dilihat dalam sesi pengkajian teori seterusnya di Sungai Tekala sebaik turun dari Bukit Broga, yang mana si Ganjil 1 dan Genap 2 memang suka sangat berendam dan terjun-terjun dalam air sungai yang dingin dan nyaman itu, si Ganjil 2 suka juga tapi takut-takut, manakala si Genap 1 pula tak suka sangat hal air-air ni.


Terjuuunn!!
(Err..budak atas batu bukan salah seorang subjek dalam ujikaji teori ini)



 A wonderful nature's day outing - our one and only full-house siblings hangout for 2009!

Dan ketepatan Teori Selang ini akan terus diperhatikan dari semasa ke semasa.

3 comments:

a.k.a. apot said...

iye..geng ganjil di atas memang sangat ganjil

yunik said...

dan geng ganjil sangat seiras!

hailwa said...

eh ye ke ayuni..yg ganjilnya sama ada geng ganjil mahupun genap masing-masing pun tak rasa mereka seiras huhuhu

err..pengomen pada turutan ganjil paling awal itulah sebenarnya seorang yg sangat ganjil ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails