Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts
Friday, September 3, 2010
Pelajaran moral dari kisah Lasykar Pelangi menurut kata Andrea Hirata
1: jika tidak rajin bersolat maka pandai-pandailah berenang.
2: jangan tanyakan nama dan alamat pada orang yang tinggal di kebun.
3: jika anda cantik, hidup anda tidak tenang.
4: ternyata nasib yang juga sangat misteri itu adalah seorang pemandu bakat!
5: jangan bersahabat dengan orang yang gila dengan perdukunan.
6: jika anda memiliki kesempatan memiliki cinta pertama di sebuah kedai runcit, meskipun kedai itu teruk dan berbau tengik, maka rebutlah cepat-cepat kesempatan itu, kerana cinta pertama seperti itu boleh menjadi demikian indah tidak terperi!
Indah!
Sunday, December 20, 2009
kutu buku
Saya suka baca buku. Ya, buku kurang berpelajaran. Kalau buku pelajaran adalah liat.
Dan selalu, yang best pada buku bukan sahaja isinya walaupun isinya adalah penentu utama dalam pemilihan buku untuk dibaca. Kadang-kadang ia saiznya yang seronok dipegang, kadang-kadang ia cuma kulitnya yang menarik walaupun pesan orang tua-tua don't judge a book by its cover, kadang-kadang ia bau kertasnya yang mungkin cuma subtle tapi mengasyikkan (ok,,I know this sounds creepy sampai nak cium-cium bau segala but it's true). Dan kadang-kadang yang selalu, lagi barai sesebuah buku itu, lagi sedap dia berada dalam genggaman tangan saya.
Contohnya buku A Thousand Splendid Suns karangan Khaled Hosseini yang mana ketika baru separuh pembacaan, saya letakkan di tepi tingkap di kamar tidur dan dia telah terkena tempias hujan akibat tingkap tidak ditutup. Dan hujan itu telah menyebabkannya sedikit crinkly, dan walaupun tidaklah barai tapi lebih sedap dipegang, and the rain had kind of accentuated the smell of the book. Hmm...nice!
A thousand splendid suns this one indeed!
Tapi,,tapi masalahnya, buku yang sedikit crinkly, dan walaupun tidaklah barai tapi lebih sedap dipegang, and nice smelling itu bukan buku saya.
Buku yang sedikit crinkly, dan walaupun tidaklah barai tapi lebih sedap dipegang, and nice smelling itu adalah buku Najmah...
Macam mana?? Huhuuhuuu..
Sunday, November 29, 2009
Sediakan payung sebelum hujan
Entah tak tahulah atuk/nenek/moyang/buyut/orang tua mana yang mula menyebutnya, tapi ikut sajalah nasihat ini kerana ia sesungguhnya amat benar, dan anda akan benar-benar terasa kebenarannya jika sebelum keluar rumah sudah ternampak awan begitu sarat dan berat, tapi bila keluar dari kereta untuk naik LRT pula anda tak ambil pun payung dalam kereta, dan setelah sampai ke stesen yang ditujui, hujan turun mencurah-curah dengan selebat-lebatnya.
Dan sekiranya di stesen LRT di mana anda turun itu terdapat kedai atau kiosk yang menjual payung, beli sajalah tanpa berkira-kira sangat harganya RM15.90 sekaki yakni lebih kurang sama jumlah harganya dengan 3 kaki payung yang anda tinggalkan dalam kereta, kerana berapa banyak payung pun yang ada dalam kereta tidak akan dapat membantu anda ketika itu, dan anda akan benar-benar terasa kekesalannya saat berebut-rebut teduhan payung kakak warga Indonesia yang anda bernasib sedikit baik terjumpa di tengah perjalanan dan boleh minta tumpang sekaki sebab kebetulan menuju arah yang sama tapi tetap kuyup sebab terpaksa banyak mengalah kepada tuan empunya payung, dan akan terus berasa kesalnya di saat setelah memasuki bangunan yang kering dan nyaman semua orang memandang serong kerana anda seorang yang basah lencun dengan air menitik-nitik dari hujung baju dan tudung sehingga anda terpaksa beli baju baru dan bersalin pakaian terlebih dahulu sebelum boleh bergegas ke jualan buku murah gila sambil risau-risau khuatir buku-buku menarik yang diingini semua telah habis diambil orang..
Nasib baik berjaya jugak beli buku hingga 10 buah..Hoh!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

