Friday, September 9, 2011

bila Ramadhan telah berakhir

..semua kembali seperti sediakala.

Tiada lagi bangun awal-awal pagi dan makan dengan mata separuh katup.

Tiada lagi meredah traffic jam subuh-subuh adam ke tempat kerja sebab nak meredah traffic jam pulang dari tempat kerja seawal 4.30 petang.

Tiada lagi bergigih menongkah arus umat manusia dalam kelesuan di bazaar Ramadhan sambil mata berpinar melihat pelbagai juadah yang nampak menarik tapi belum tentu sedap.

Tiada lagi bersengkang mata menahan ngantuk semasa terawih sambil berharap imam baca surah pendek-pendek/laju-laju.

Tiada lagi kumpulan-kumpulan tadarus mengaji al-Quran bersama-sama pada waktu rehat di tempat kerja.

Tiada lagi tidur berjemaah dengan rakan sepejabat sebab tidur jauh lebih baik dari buat perkara-perkara lagha.

Dan tiada lagi berjaga malam dengan penuh tenang dan yakin sebab setan semua sedang dirantai.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin."

Semoga amalan baik yang kita usahakan sepanjang Ramadhan dapat terus dikekalkan sepanjang tahun.

1 comment:

{{ Liza Othman }} said...

selamat hari raya wa, maaf zahir batin.. =D

amboiii siap tidur berjemaah yee..kalau tadarus waktu rehat, adakah tidur berjemaah tu waktu kerja?? hahaha!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails