Suka karipap! Tapi karipap kentanglah..karipap sardin kurang gemar.
Jadi bila ada rakan sepejabat belanja sarapan untuk seluruh Bahagian pada Jumaat lepas kerana beliau naik pangkat, rasa sangat seronok sebab pakej sarapan adalah sebungkus nasi lemak ayam berserta 3 ketul karipap kentang. Selepas siap makan nasi lemak, saya terus fokuskan untuk menikmati karipap yang masih hangat dan rangup. Mmm..sedap!
Tapi baru sempat jamah seketul sebelum sepanjang hari telah jadi huru-hara dengan pelbagai tugas dicampur mesyuarat yang berakhir lewat petang, maka karipap juga telah hilang dalam timbunan dokumen yang bersepahan di atas meja.
++++
Baru sahaja saya hidupkan komputer pagi tadi, seorang staf datang mampir lalu menyapa, "Wah, bawak bekal karipap ke? Sedapnya!".
Eh? Setahu saya, saya cuma bawa brownies dari rumah dan tidak singgah di mana-mana untuk beli sarapan..jadi mana pula datang karipap?
Ya, setelah diamati dengan teliti, sahlah karipap tersebut adalah 2 ketul baki karipap kentang sedap hari Jumaat lalu yang telah tidak sengaja dilupakan..
Saya begitu kesal kerana tidak sempat memakannya minggu lepas dan ia hanya timbul semula setelah bergelimpangan di atas meja pejabat sepanjang hujung minggu, hinggakan saya simpan sahaja ia di tepi keyboard untuk tatapan semasa bekerja hari ini.
Namun akhirnya saya buang juga karipap tersebut ke dalam tong sampah memandangkan selepas saya gigit sedikit di hujungnya sewaktu lunch break, sudah mula terhasil jejaring halus dan likat pada inti kentangnya. Huhuuh..
Nak makan karipap kentang sedap Jumaat lepas.. >_<