Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.



Kalau ada adik-beradik berperangai sengal, ampunkan sajalah mereka.

Tuesday, September 7, 2010

AJK PUI

Usai solat Isyak berjemaah, dengan kebanyakannya masih dalam telekung masing-masing, semua pelajar berhimpun rapat-rapat memenuhi ruang Pusat Ibadat yang terhad. Ada acara penting malam itu: pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat Ibadat (AJK PUI) yang baru untuk tahun hadapan. Acara rutin tahunan, bagi menyeimbangkan semula bilangan AJK PUI yang akan meninggalkan sekolah tamat SPM tahun ini.

Bila pencalonan dimulakan, banyaklah suara kedengaran yang mengusulkan barisan nama-nama yang berkaliber dan sajak untuk dilantik sebagai AJK PUI. Semua cadangan yang bersokong diterima serta dicatat dengan saksama dan tanpa prejudis.

Entah apa yang merasuk pemikirannya malam itu, Hailwa yang duduk di saf-saf belakang bersama kelompok rakan-rakan subahat yang biasa, tiba-tiba mengangkat tangan tegak-tegak dan sepaling tinggi yang mampu dijulangnya. Dan bila ditanya siapakah calon yang ingin dicadang, dengan penuh keyakinan tanpa sedikit pun ragu-ragu, sambil tangan mengunjuk ke arah mangsa, terpacul lancar dan jelas dari mulutnya:
"Izyan Iryani Ismail!!"
Izyan, pada malam pertamanya menjejakkan kaki semula ke Pusat Ibadat setelah sekian bulan escape sembahyang berjemaah, menoleh kaget dengan muka sangat horror. Dan mukanya bertambah horror lagi bila sebegitu ramai yang memberikan sokongan terhadap usul yang dirasakannya gila itu, meskipun kebanyakannya sambil terkekek-kekek dan terhinggut-hinggut tersengih menahan tawa. Izyan sudah tidak senang duduk seperti cacing kepanasan, dia sungguh terasa mahu ganyang sahaja mulut cabul Hailwa yang sedang tersengih-sengih, yang mana makin lama kelihatan makin kecil saja di matanya.

Namun betapa sekalipun Izyan cuba memprotes, memang takdir telah memilihnya untuk menyandang jawatan yang mulia itu dan menjadi tauladan yang baik kepada rakan-rakan. Hehee ;p

Dan Hailwa pula, meskipun usulnya dulu hanya dikemukakan secara sembrono sahaja, sudah tentulah tumpang bangga dengan Izyan. Malah Izyan kekal di kedudukan nombor 1 dalam senarai imam terawih feveretnya: pantas! :D

Ciri-ciri seorang AJK PUI: sentiasa yang paling sopan di kalangan rakan-rakan.

Friday, September 3, 2010

Pelajaran moral dari kisah Lasykar Pelangi menurut kata Andrea Hirata


1: jika tidak rajin bersolat maka pandai-pandailah berenang.

2: jangan tanyakan nama dan alamat pada orang yang tinggal di kebun.

3: jika anda cantik, hidup anda tidak tenang.

4: ternyata nasib yang juga sangat misteri itu adalah seorang pemandu bakat!

5: jangan bersahabat dengan orang yang gila dengan perdukunan.

6: jika anda memiliki kesempatan memiliki cinta pertama di sebuah kedai runcit, meskipun kedai itu teruk dan berbau tengik, maka rebutlah cepat-cepat kesempatan itu, kerana cinta pertama seperti itu boleh menjadi demikian indah tidak terperi!

Indah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails