Thursday, October 29, 2009

Sunday, October 25, 2009

siblings

Our siblings. They resemble us just enough to make all their differences confusing, and no matter what we choose to make of this, we are cast in relation to them our whole lives long.
~Susan Scarf Merrell




 my cousin K.Pidah's kiddos




kucings kunings



anak ayam mati emak
duduk dalam kotak



Ayah & his youngest brother Paman Betit


and finally




the lone backseat passenger...



...gets to meet her lil' bro too!

Happy becoming birthday to Hilmi, and also happy a-little-belated birthday to Hajar and Emak. 
I wish all happiness and success for the three of you October babies of the family :)

Sesungguhnya adalah sedikit boring balik kampung secara anak tunggal, apatah lagi bila menghadiri kenduri-kendara. Macam tak berapa nak ada kawan untuk makan-makan 5-6 round, cam-whoring, bergelak-ketawa dan bergunjing (mengumpat atau secara bahasa sosialnya yang beralas adalah bergosip) ringan-ringan yang bukan-bukan. *sigh~

Tak sabar nak tunggu semua orang habis belajar dan balik rumah Disember ni..

Tuesday, October 20, 2009

status update

Semua orang kerjanya update-update status masing-masing bila buka Facebook di zaman teknologi canggih dan Facebook tengah 'in' sekarang ini.

Tapi rupa-rupanya sejak zaman typewriter dulu masa sedang bertugas sebagai Cikgu mengajar matapelajaran Kira-kira lagi, P. Ramlee dah main update-update status ni. Cumanya P. Ramlee tak buka Facebook, dia buka Gerobok.


Filem Masam-masam Manis lakonan P. Ramlee dan Sharifah Hanim

Masa Cikgu Shaari masih bujang, di sebelah dalam pintu gerobok di bilik sewanya ditampal gambar diri sendiri dengan pose konon paling hensem bergaya. Di sebelah gambar tu tertulis: "Sedang mencari".

Semenjak mula pergi dating nyanyi-nyanyi bersahut-sahutan dengan mata air di tepi tasik Taman Haiwan, status Gerobok dia tukar jadi: "Dah ada kawan".

Bila satu hari Norkiah tak datang pada waktu yang dijanjikan, setelah tinggalkan SMS di bangku tepi tasik Taman Haiwan, Cikgu Shaari balik kecewa dan tulis di Gerobok: "Burong dah terbang".

Dan akhirnya setelah berkonfrontasi dengan jiran bilik sebelah, Cikgu Shaari pecahkan dinding antara bilik dia dengan bilik Norkiah dan terpampang besar-besar di skrin: "Kami dah kawin".

Tapi nampaknya lepas kawin Cikgu Shaari dah tak main Gerobok lagi. Mungkin sibuk nak bergaduh dengan Norkiah, pasang dinding semula, pujuk-pujuk, baik balik, naik pangkat jadi Cikgu Besar, pindah rumah banglo dan hasilkan anak kembar untuk 5 tahun berturut-turut.

Entah-entah Mark Zuckerberg tengok cerita Masam-masam Manis kat Harvard University dulu tak?

Kalau mengikutkan kadar kelajuan status update Cikgu Shaari tu, nak juga saya letak status "Sedang mencari" di Facebook. Tapi memandangkan jiran sebelah-menyebelah tak ada anak teruna yang available/seswai nak ajak main baling-baling pinggan-mangkuk sampah-sarap segala, saya membatalkan hasrat. Nanti berapa lama pulak nak kena tunggu baru ada chan nak tukar status..

Thursday, October 15, 2009

srikandi

I only found out one night after terawih early Ramadhan that Cikgu Azizah who lives on the same street in my neighbourhood is also a Srikandi. I was sipping the hot teh susu during moreh when Emak suddenly pointed at me and said, "Haa dia ni lah yang STF dulu.."

Cikgu Azizah and Emak was walking towards the moreh table.

"Ooo yang ini..batch mana?"

"Saya 95-99. Eh,,Cikgu pun STF jugak ke? Tahun berapa?"

"Batch 69. Lepas tu sambung lagi Form 6 kat situ sampai 71."

"Oo..30 tahun kemudian baru saya masuk situ. Heheh"

"Haa yela..dah lama dah kitorang keluar sekolah. Eh baru aritu our batch buat 40th years reunion. Ada laa 40 orang datang..Seronok betul jumpa balik diorang. Even Pn. Badiah, Pengetua kitorang masa tu pun datang"

Wow! I thought. 40th years reunion!

Just imagine..having a high school reunion lepas umur pencen...

Mesti ada cite: "Ko apa khabar,,aritu buat heart bypass kan?...Lutut aku dah sengal2 la skang,,xlarat dah nak kejar cucu...Nampak fit je,,amik supplement apa?...Eh last month ada terjumpa si polan masa kitorang sama2 buat dialisis"

Or on a lighter note: "Berapa dah cucu skarang?...Posting last sekali before pencen aritu katne?...Eh dapat pegi haji kan tahun ni? Sama la kita!...Haa dapat dah kad kawin anak ko tu. Anak yg last kan ni,,kena la aku datang"

I hope Srikandi 959 will be able to have a 40th reunion as well. And have a Jubli Emas the next decade, and even more gatherings afterwards.

Ohh...kepada yang sedang buat kira-kira/deduksi mudah untuk soalan "if 40 people attend a 40-year reunion, how many people attend 10-year reunion?" (wah tiba-tiba soalan berbunyi PPSMI walhal sekolah tahun 90-an dulu belum guna pun lagi PPSMI), I would like to stress here that 10 shall not be the answer.

So let's make our first step by making the 10-year reunion a glorious one! Those girls who haven't confirmed your attendance, please RSVP quickly at the reunion blog or via Facebook okies!

Together we join hands to reach our goals: towards being a bunch of cranky bitchy old ladies joyfully attending their Golden Jubilee reunion!  ;p

Tuesday, October 13, 2009

Bakawali



Balik dari jemputan Kampung Badak lebih kurang pukul 10 malam semalam, sedang saya huru-hara masuk bilik air untuk melegakan diri, Mak pulak huru-hara panggil saya keluar cepat.


"Cepat-cepat keluar,,meh tengok ni!!"


Rupa-rupanya pokok bakawali yang Mak tanam sekembali dari kampung cuti raya hari tu dah berputik dan nampak gayanya akan kembang sikit masa aja lagi. Ya, bakawali hanya kembang di waktu malam dan dalam masa beberapa jam sahaja. Dan kami semua tak pernah tengok bunga bakawali.



Makanya bersengkang matalah kami menanti sang bakawali untuk mekar. Sayang betul, semua kamera tengah tak available untuk memegunkan saat kegemilangannya yang cuma sekejap itu. Terpaksalah bertakpuas hati dengan bantuan kamera telefon saja.


Nasib baiklah Mak tanam dalam pasu, jadi bolehla angkut dia ke depan pintu. Kalau tidak, nak bernyamuk bergelap kat halaman tu dengan kamera telefonnya, harus tak dapat capture apa-apa pun langsung. Bila dia dah duduk depan pintu, seluruh ruang tamu terbau harumnya.




Bakawali yang mekar mewangi


Seperti yang disebut-sebut orang, rasanya memang tahap klimaks dia (bakawali, bukan orang) adalah dalam waktu-waktu tengah malam tu. Sebab dalam pukul-pukul 1 lebih hingga 2 tu walaupun dia masih mekar, tapi saya perasan yang kelopaknya sudah mulai menguncup semula.



Selamat tinggal dunia
(Note the change of background? Time ni tahap dah angkut masuk dalam rumah pulak dah to get better shot)




Harap-harap pokok ini akan terus hidup subur dan berbunga banyak-banyak lagi. Harap-harap bila DSLR balik nanti dapatlah capture midnight beauty ini, sebab phone camera itu didn't do justice to her at all. Huh.

Monday, October 5, 2009

"Mak jemput,,datang raya rumah! No. 3, Jalan Batu, Kg. Badak!"

Bayangkan ada 9 budak buat pengumuman macam ni lepas baca ikrar.

Maka jawabnya ada la budak yang terpaksa dihampakan. Bukan pilih bulu, tapi sebab bukan semua sembilan-sembilan duduk Kampung Badak,,selain perut kawan-kawan, cikgu-cikgu, Cikgu Besar, tukang kebun dan driver bas sekolah semua dah rupa macam ni:


Fergghh...penangan weekend raya pertama selepas masuk kerja semula.

Nampak gayanya puasa enam dah jatuh hukum wajib sebab ada budak-budak dah mula buat pengumuman untuk hujung minggu ni pulak..

Thursday, October 1, 2009

Api! Api! Lari! Lari!

Latihan kebakaran adalah satu kemestian supaya penduduk setempat tidak panik dan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya benar-benar berhadapan dengan situasi kebakaran (wah wah,, bunyi-bunyi ayat macam keluar dari mulut anggota bomba!). Kalau berlaku kebakaran di bangunan yang ada sistem penggera kebakaran, bagi tingkat-tingkat/floor yang dengar loceng dibunyikan secara putus-putus, penghuni hendaklah bersedia untuk menyelamatkan diri. Ini biasanya sebab api tercetus di tingkat lain yang jauh dan floor anda adalah berisiko rendah. Tapi kalau dengar bunyi loceng secara berpanjangan, penghuni hendaklah mengosongkan bangunan dengan segera.

Kat ofis semalam, dalam pukul 2 lebih lepas-lepas lunch break, ketika orang semua tengah kenyang sambil ambik-ambik mood nak sambung keje balik, bila tiba-tiba loceng berbunyi semua orang mengeluh, "alamak..apahal ni,,fire drill ke?" sambil tak berganjak dari tempat duduk masing-masing dan teruskan buat tak tau je..malas nak layan.

Tapi bila deringan loceng yang bingit tu tak berhenti walau sedetik pun, orang-orang mula kecoh bertanya sana-sini apa ke halnya. Bila diberitahu Tingkat 8 terbakar dan semua kena keluar dari bangunan, orang semua blur dan bertanya balik, "iya ke? betul-betul terbakar ke? memang betul-betul ada api ke? bukan fire drill??". Hanya lepas sukarelawan peninjau pejabat balik bagi laporan pengesahan kejadian sambil meyakinkan yang "ini bukan chobaan..ini betul-betulll!", barulah semua orang mula bergerak ambik barang masing-masing dan turun ikut tangga kecemasan. Jelaslah bila dah selalu sangat dengar fire alarm dalam keadaan yang tak ada fire, the alarm no more triggers our panic dan semua pun dah jadi immune.

Untuk keselamatan, menurut nasihat pihak bomba sepatutnya turun tangga janganlah secara berlari, tapi cuma dengan langkah yang laju sahaja dan tidak panik. Tapi yang berlaku haritu jangankan berlari, cemas panik sikit pun tidak. Semua orang turun tangga macam ala-ala nak pegi lunch je, sambil catch-up cerita raya dengan budak-budak floor lain yang dah lama tak jumpa akibat kesibukan kerja masing-masing. Betullah kata orang, bencana menyatukan kita.

Sampai kat bawah, semua umat bersepahan melata-lata umpama kambing-kambing di padang ragut. Bila kena halau dengan sang penggembala barulah kecoh semua berkumpul ikut floor masing-masing dan bagi nama untuk pastikan semua jemaah cukup dan tak ada yang rentung kat atas. Ada floor yang begitu efisien - tak payah nak kecoh-kecoh carik siapa ada terbawak pen dengan kertas nak tulis nama - dia orang dah siap ada attendance list bercetak tinggal tick-tick je. Wah,,dalam keadaan yang sepatutnya cemas pun sempat lagi nak print attendance list bagai!

Mangsa-mangsa yang tetap ceria dan gembira, berkumpul bersama-sama

Tak lama je lepas tu, jentera bomba pun menenong-nenong dengan lampu lip-lap datang ke tempat kejadian.

Tak lama je lepas tu, jentera bomba kedua pun menenong-nenong dengan lampu lip-lap datang ke tempat kejadian.

Wah,,kellasss kau Mariaaa! Barulah macam ini betul-betul kejadian.

Ofis terbakar panggil bomba...bomba datang berlumba-lumba

Tapi sebab apinya taklah besar mana,,maka jentera bomba kedua pun tanpa menenong-nenong dan lampu lip-lap beredar dari tempat kejadian. Even dari assembly area tu pun tak nampak pun apinya, cuma nampak asap sikit-sikit je dan ada bau seperti pembakaran kertas sedang berlaku.

Efisiensi pihak bomba dalam situasi api yang bersaiz kecil menimbulkan satu masalah: kebakaran ini berlaku terlalu awal (sebelum pukul 3) dan memang kemungkinan yang sangat besarlah ia akan disetelkan dalam masa yang singkat. Oleh yang demikian, walaupun saya yakin lebih 40 orang berdoa sambil menggenggam kunci kereta dalam poket seluar dan handbag masing-masing agar perkara ini berlanjutan sehingga petang supaya boleh chow balik rumah terus, ternyatalah Tuhan tak ingin makbulkan niat-niat yang kurang baik.

Tapi mungkin juga bencana, walaupun kecil dan dapat ditangani dengan baik, dapat menimbulkan keinsafan dalam hati manusia dan mengingatkan manusia kepada penciptanya yang berkuasa. Sebab selepas letakkan semula handbag di bilik setelah semua urusan pemadaman api selesai dan para pekerja dibenarkan pulang ke pejabat masing-masing, saya turun kembali ke surau untuk solat Zohor dan mendapati surau adalah sesak. Heh..Tuhan baru jentik sikit je tu.

Dan bencana kecil yang sungguh enteng ini berlaku beberapa jam sebelum bumi Sumatera digegar dengan gempa bumi yang menyebabkan Malaysia turut terasa tempiasnya. Harap-harap Tuhan peliharakanlah kita daripada malapetaka yang tak mampu kita hadapi.

baru terpikir pulak:
tolonglah Tuhan jangan jadikan kejadian ni sebagai sesi latihan untuk gempa bumi ke apa ke...dengan kadar pengungsian bangunan tahap lenggang kangkung bagai itik pulang petang macam tu, takut-takut ada yang turun bawah sekali dengan kerusi meja masih atas lantai pejabat masing-masing. Heh..Nauzubillah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails