Saturday, September 26, 2009

Raya!


"Selamat Hari Raya kawan-kawan,,mintak maaf zahir dan batin. Jom kita lawan siapa dapat duit raya paling banyak!"

Friday, September 18, 2009

hari terakhir bekerja sebelum cuti raya

tadi saya seluk tangan melalui otot pektoral terus ke dalam sangkar rusuk, meraba-raba mencari punca apa yang tak kena. baru saya perasan: rupa-rupanya hati saya cuma tinggal 1/3 saja daripada isipadu asalnya. sungguh! bila ditanya ke mana perginya 2/3 bahagian yang lainnya, baki hati yang tinggal dengan berat dan suram mengaku yang lain-lainnya dah berantakan menjadi keping-keping berasingan dan bersepah-sepah ke pelbagai tempat yang berlainan. ada yang dah duduk lepak-lepak kat rumah, pergi shopping sakan tak ingat dunia malah ada yang dah sampai kampung pun tengah tolong nenek anyam ketupat. cis! patutlah hari ni saya ke ofis berpakaian satu sut warna kelabu. suram.

jadi untuk menghiburkan hati yang dah kecut tak boleh nak buat kerja lagi ni, saya selak-selak kamus bergambar google. baiklah adik-adik,,benda yang kita pelajari hari ini adalah tudung saji. ada pelbagai jenis tudung saji yang terdapat di pasaran,,contohnya:


original basic design


yang biasa-biasa, commercialised dan paling koman sekali


yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi dan penuh adat resam


yang lebih canggih dan menarik


dan


errr..yang luar biasa, fesyen terkini dan paling selebriti sekali



"Usah biarkan diri anda diselubungi (tudung saji) misteri..."

Monday, September 14, 2009

lunch

Tengahari itu langit cerah. Matahari bersinar garang. Angin sesekali bergerak meniupkan hawa Ramadhan yang panas dan kering. Segerombolan pelajar bergerak menuju ke Makmal Sains untuk menghadap matapelajaran terakhir dalam jadual persekolahan hari itu. Walaupun Ramadhan, tapi macam selalu bila kaki bergerak mulut masing-masing juga bergerak membincangkan isu-isu semasa zaman persekolahan yang biasa-biasa di bulan puasa contohnya apa homework harini, nak pesan beli apa kat kelas yang pegi bazaar Ramadhan petang ni dan pagi tadi sahur apa sebab nak tau apa lauk lunch yang disediakan kat dining hall bagi orang-orang yang tak disyariatkan berpuasa.

Berada di belah-belah depan gerombolan tadi, Alin (bukan nama sebenar) dengan muka dan suara yang paling energetic, gembira, bahagia, dan berlagak, menyengih lebar melaungkan,

"Lepas ni aku nak gi lunch kat dining hall,,sape nak ikut??!!"

Lantas beberapa orang di belah-belah belakang gerombolan tadi menggetus,

"Sshhh..weii,,Pak Khalid lah!!"

Automatik semua kepala menoleh ke belakang secara serentak. Kelihatan Encik Khalid senyum-senyum kambing sambil melepasi gerombolan tadi untuk ke Staff Room.

Alin menekup muka yang merah padam akibat malu yang amat dengan buku Lab Report.

"Ergghh..alamakkk,,dahla Pak Khalid bapak angkat (mentor-mentee) aku!!!"

Dan budak-budak lain dalam gerombolan tadi dengan muka dan suara yang paling energetic, gembira, bahagia, dan berlagak, gelak ketawa terhuyung-hayang macam nak pecah perut sambil bergerak ke Science Lab.

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

9

x 794281536 = 7148533824

7 + 1 + 4 + 8 + 5 + 3 + 3 + 8 + 2 + 4 = 45

4 + 5

= 9


i like number 9. it's my favourite number.

i think it's fascinating to play with, mathematically (if there's such an expression).

but it's definitely not my lucky number.

because to me there's no such thing as a lucky number, as my lecturer frequently quoted,

"Luck only follow those who are hardworking"

Sunday, September 6, 2009

onde-onde

ataupun nama lain yang orang selalu jugak panggil adalah buah melaka.


Semalam berbuka dengan Vikings kat rumah Uzaini (yang dah menghampiri status rumah kelab). Pot luck style. Jadi saya bawak murtabak makaroni (ehem..Mak yang buat ;p) dan puding karamel yang first time saya buat sendiri ;D ikut resipi Sarah (a bit different from Hajar's).

Banyak gila makanan, sampai masing-masing dah 3-4 round pun tak habis-habis lagi. Sambil lepak-lepak borak-borak layan TV, tuan rumah jemput makan lagi kuih onde-onde yang masih berbaki. Mulalah keluar balik kisah-kisah silam.

Masa kat UTM dulu, kalau Vikings punya jamuan (buka puasa, raya, apa-apalah yang selalu dan pelbagai lagi tu), memang kitorang akan masak sendiri kat Rumah Kelab. Antara kuih yang paling selalu buat adalah onde-onde, sebab ia sangat senang dan seronok.

Bagi yang kurang tahu, onde-onde dibuat menggunakan tepung pulut (biasanya diwarnakan hijau) dan ada inti gula melaka kat tengahnya. Bila dah letak inti, ia akan digentel untuk membentuknya bulat-bulat macam buah (thus the name buah melaka). Dah siap masak karang baru golek dalam kelapa parut.

Bila bab taruk inti dan gentel-gentel tu, memang secara automatik akan ada ramai yang volunteer nak tolong. First round memang semua orang bekerja secara jujur dan menghasilkan onde-onde yang mematuhi spesifikasi. Tapi bila masuk second round, masing-masing tumbuh tanduk nak pedajal orang lain. Kecuali beberapa orang je Tukang Gentel Jujur macam Munirah dan Fara (level jujur Ayuz turut diragui di sini), mulalah semua orang menyerlahkan kreativiti masing-masing menggunakan sumber-sumber yang boleh diperolehi daripada persekitaran.

Yang mana pada tahap ini, inti gula melaka akan mula diabaikan dan digantikan dengan inti-inti lain. Antara calon-calon pilihan barisan alternatif adalah:

1. rubber band/getah sayur biasa kaler coklat tu (digumpal kemas-kemas)
2. garam
3. ikan bilis
4. kacang tanah (bagi pilihan 2 dan 3, kalau nasib baik yang dah digoreng)
5. cili padi
6. daun (dikecai-kecaikan)
7. ranting kayu saiz kecil (dipatah-patahkan)
8. dan pelbagai lagi pilihan 'inti' lain, bergantung kepada sumber-sumber yang ada di sekeliling sewaktu kejadian

Bila time nak makan mulalah masing-masing tersengih-sengih, mengharapkan orang-orang lain akan termakan umpan yang dipasang. Bila ada je reaksi kurang normal seperti menyumpah tiba-tiba, tahan-tahan gelak, control macho, cuba buat-buat macam takde apa-apa berlaku tapi tak berjaya, meluahkan makanan dalam mulut, meludah, atau cepat-cepat minum air secara banyak, ia akan disambut dengan soalan-soalan macam "Nape?"*muka buat-buat tak tau apape,, "Ko dapat apa?"*sengih-sengih,, dan gelak tawa gembira kerana jerat sudah mengena. Dan satu kecelakaan yang paling besarlah sekiranya termasuk perangkap buatan sendiri..hahahah.

Tulah orang tua-tua kata,
"Orang ni, rambut sama hitam, hati lain-lain".

Dan masyarakat onde-onde di Skudai kata,
"Onde-onde ni, salut sama hijau, inti lain-lain".

Atas rekod jenayah silam ini, saya telah diberi amaran keras oleh Mak bilamana semasa tolong gentel onde-onde kat rumah last weekend, secara tak sengaja tangan saya menghampiri rubber band yang berada berdekatan.

*Gambar onde-onde di atas disauk daripada blog Ayinemran, yang mana disertakan dengan resepi onde-onde yang jujur.

Friday, September 4, 2009

fish and chips

Petang semalam, via sms:

"Wa buka kt umah.jap lg blk.mak nak msk apa?"

"Skg kt giant nak buat fs n cp"

Fehh...Mak punya bahasa sms memang ganas. Memang mencemar duli beliau sebagai mantan guru Bahasa Malaysia peringkat sekolah menengah. Selalu pun memang gitulah rupanya. Ayat semua bersambunggg je hingga ke penghujung rancangan. Tak wujud langsung simbol-simbol penulisan macam koma, noktah, tanda soal, tanda seru, apatah lagi titik bertindih. Tu belum kira lagi 'teka-teki abbreviation' dia..

fs n cp?? Berkerut-kerut dahi saya baca. Tapi malas nak tanya lagi. Tunggu sampai rumah je la tengok sendiri.

"Ooooooooo,,fish and chips.." Mmm,,sedapnya!

The best fish and chips I've ever had was the one at the Glasgow airport that I ate with Hajar when we were traveling together. Just touched down from Spain, there was one hour gap before my connecting flight to London. We were going up the escalator when our noses caught the most delicious smell in the world - bau makanan yang dimasak panas-panas,,wapnya terperangkap dalam udara yang dingin-dingin..sungguh menggiurkan!!

Only god knows how glad and excited we were at that time when we turned our heads around to find that the gastronomic smell came from a fish and chips outlet (hape entahla nama dia,,dah tak ingat plak), sebab fish=halal!

When we were in Spain, we hardly had properly cooked meals because finding halal food there was sooo damn hard. In Cordoba, a kind-hearted old Muslim lady even tried to help us in our quest, guiding us through the maze of the similar-looking buildings and knocked on every restaurant we saw to ask the people around (in Spanish, that is) whether there were any halal food prepared,,but to no avail. And another reason for our lack of proper meals was that we were traveling the Amazing Race-style, so meals were always kept simple to be taken on the go.

So after 4 days of tak makan betul-betul, you may just imagine how we became like the monyet sejurus ternampak pokok cili berbuah lebat..heheh ("tolongg..tolonggg...dah empat hari saya tak makannn..." *suara terketar-ketar). The hunger pangs and crave for masakan dihidang panas-panas pulled us straight into the dining place. Self-service, kena bersabar sikit untuk beratur beli makanan.

Hajar kata that was one of the best fish and chips there, and their outlets are spreading nationwide. And I totally agree that it was the best fish and chips I've ever had. With such a large and generous portion, isi ikan yang tebal dan panjang serta bersalut rangup, potato chips yang melimpah ruah dalam pinggan lebar tu, kitorang yang kelaparan ni share 2 orang pun boleh rasa kenyang. Tapi sebab nak memuaskan nafsu, I queued again for the second round..hahah.

Slowing down on the 2nd round..

Tapi semalam,,Mak punya fish and chips gila sedaaaaaaaappp. Semalam adalah berbuka yang paling kenyang sekali so far,,tahap senak-senak mengah masa terawih..hahah

Untuk tatapan adik2ku di perantauan..hahah. Tapi Mak kata nyesal tak terfikir langsung nak buat ni masa korang kt rumah aritu (Hajar tak masuk book ;p)

I helped to make the mashed potato-which was yummy! hahah..first time buat sendiri,,selama ni tengok Sarah buat je. Senang je rupanya.

Tapi buat banyak gila, padahal makan 2 orang je pun. So we had another round of fish and chips during sahur, this time together with Ayah. (Jadi sekarang dah tau, 2 ketul kentang gemuk dan besar can make a serving for 5)

Sedaaaaaaaapppp!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails